Friday, October 23, 2009

Jenis-jenis DADAH:

  • Apa itu Opiat
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
Image

Jenis-jenis opiat
1. Candu
  • Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. Morfin
  • Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah
 Bentuk blok/serbuk
 Bertanda "999"
 Megandungi 70% - 90% morfin
 Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin
 Seperti serbuk kopi halus
 Megandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
 Megandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
 Pil kecil berwarna putih/coklat pucat
3. Heroin
  • Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
  • Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sentetik
  • Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone" , "pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone" digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"

  • Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.
Image
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
  • Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang menganduni amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sanat berbahaya.
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")
2. Methamphetamine
  • "Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"
3. Kokain
  • Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"
  • Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas
  • Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
  • "Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

  • Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Image
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
  • Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate. ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandunan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan/minuman)
Nama Jalanan : "Ganja"
2. Hashish
  • Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
  • Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap

  • Halusinogen
Image
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.


  • Depresen
1. Ubat "Depresen"
  • Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
  • Conto ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".
  • "Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yan menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi.
  • "Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
  • Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
Cara Menggunakan : Minum
Nama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.
3. GHB
  • "Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh mempitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin
  • Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

  • Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna
1. Steriod
  • Steriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steriod digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
  • Ga, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.
  • Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum
  • Selain daripada it, daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
4. Ubat-ubatan
  • Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment