Saturday, October 24, 2009

DADAH Dari Sudut Agama:


Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

“..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

  • Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar.

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.

Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:

  1. Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
  2. Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
  3. Menjual beli dadah.
  4. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan

Padangan Agama Buddha

Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata:
Drunkenness and drug addiction is the cause for ones downfall.
Maksudnya : kemabukan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka.
He who is addicted to women, to liquor/drugs, to gambling, and squanders whatever he earns will cause his own downfall.
Maksudnya : Siapa yang ketagih perempuan, arak, dadah, perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan kebinasaannya.
Pendapat Buddha tentang dadah boleh dilihat daripada kata-kata Mahaguru Buddha dalam “Manggala Sutta”, iaitu “To cease steadfastness in doing good deeds is the highest virtue”.
Maksudnya : Memerbenti dan menjauhkan diri daripada kejahatan berhubung dengan dadah dan sesuatu yang memabukkan dan berperang kepada kebaikan. Ini adalah satu restu yang paling tinggi.
Parabahava Sutta lagi, “There are six channels for wasting wealth, which a lay Buddhist must avoid. These are:-
  1. indulging in intoxicating drinks and drugs
  2. loitering in the streets at unseemly hours
  3. frequenting theatrical shows
  4. associating with evil companions
  5. addiction to idle companions”
Daripada kata-kata Buddha di atas jelas menunjukkan pendirian agama Buddha terhadap dadah itu, iaitu satu daripada enam cara yang boleh menghabiskan kekayaan dan membawa kebinasaan ialah ketagihan dadah.


Padangan Agama Kristian

Agama kristian turut melarang penggunaan dadah. Mereka berhujah bahawa penggunaan dadah boleh memisahkan kita daripada dunia yang sebenar. Ia boleh memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitarab yang kurang baik.
Drugs abuse can cut us off from the world of reality. They can bring us into conflicts with laws. They can worsen personality defects and prevent us from facing the less pleasant aspects of ourselves and our environments.
Do you not know that your body is a holy place for the Holy Spirit who is in you, whom you have from God?” (1 Cor. 6:19)
God has invited us to shape a community of justice and love. Therefore this requires that we develop our potential as fully as possible and muster as much consciousness as we can. Choose life then, so that you and your descendants may live.” (Deut. 30:19)
Maksudnya : Tuhan telah menjemput kita untuk menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kaish saying. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangan potensi kita sebaik mungkin dan mengerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan keturunan kita akan hidup dengan bahagia.


Pandangan Agama Hindu

Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa:
  1. “Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati”.
  2. Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya menyeleweng daripada sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh fizikal.
  3. Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira “adharmic” yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”.
  4. Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.
Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.


Padangan Agama Sikh
  • Menurut Guru Granth Sahib:
  1. Whoever consumes ganja, meat, opium and marijuana, their pilgrimages, fasts, other religious acts, are of no avail and they will go to hell.
Sesiapa yang mengambil ganja, daging, candu atau marijuana, amalan berupa penziarahan tempat suci, puasa dan aktiviti agama yang lain adalah menjadi tidak berfaedah dan mereka akan ke neraka. (Pg. 1377)
  • Menurut prinsip kehidupan Bhai Desa Singh:
  1. “The Sikh’s disciplines are: Abstaining from eating meat, use of tobacco, hashish, ganja, opium, toddy and candy.”
Disiplin Sikh adalah: Elakkan daripada memakan daging, penggunaan tembakau, hashish, ganja, opium, todi dan candu.

No comments:

Post a Comment